Friday, December 2, 2011

santai bersama pegawai psikologi

di pagi yang indah pada 02 disember 2011...cewahhhh...bermadah plak...hehehe
ari nie, pejabat miss ella menerima kehadiran pegawai psikologi kaunseling, dari unit psikologi kaunseling, bahagian pengurusan sumber...en azmi, pn ruhana & pn lela...selalunya, diorang nie jadi peserta lau bahagian kitorang anjurkan tapi kali nie, kitorang lak jadi peserta...hehehe
program nie bukanlah bermaksud kami ada masalah atau kami adalah pekerja bermasalah, tapi, nie adalah salah satu program inovasi dari unit psikologi sendiri...jadi, bahagian kami adalah sebahagian pihak yang terlibat untuk diorang perkenalkan unit psikologi nie dan memberi kesedaran tentang wujudnya unit nie kat kementerian...
en azmi menerangkan fungsi-fungsi unit psikologi dan menerangkan tugas2 diorang sebagai pegawai psikologi.. orang yang jumpa pegawai psikologi nie, xsemestinya orang yang mengalami masalah mental taw....saper2 pon boleh jumpa diorang nie...kitorang pon ader wat saringan minda tadi...
daripada saringan tu, miss ella mempunyai tahap anxiety yang teruk..huhu

anxiety::
n
1. uneasiness, kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran: to wait with ~, menunggu dlm kebimbangan; news that might help relieve his ~, berita yg mungkin menolong melegakan kerisauannya; 2. earnest desire, hasrat, keinginan: ~ for promotion, hasrat utk naik pangkat; ~ to fulfil sos wishes, hasrat utk memenuhi kehendak sso; 3. instance of feeling uneasy, worried, kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran: to be plagued with anxieties, dihantui oleh kebimbangan; 4. (psychol) kerisauan, kebimbangan
sumber: kamus inggeris-melayu dewan bahasa dan pustaka

stress dan kemurungan miss ella ringan..so, miss ella agak pandai menangani stress...hehehe
miss ella pnah post kat fb sebelum nie... " saper xder masalah? tipulah...bezanya hanyalah camner seseorang tu handle masalah die... ~ (^___^)"

so, kawan2, jgn stress2 yer...hepi2 selalu...

okey, untuk ujian personaliti plak, miss ella nie orang berpesonaliti jenis A.... orang yang active...boleh jadi orang barisan hadapan la....orang type A orang yang sosial...ngeeeee....alamak!!!hehehe orang type A nie mudah untuk stress...tp pencapaian tggi sebab plu ader tekanan untuk mencapai sesuatu....
memang btol la tu, miss ella nie orang jenis A..hehehe

tapi ingat yer, jgn menilai orang dari luaran sajer (^___^)
dan kepada yang ader masalah tu, harap bertindak dengan bijak...jangan asyik meminta simpati dengan aper masalah yang korang hadapi, tapi x buat aper tindakan... tangani dengan baik masalah anda... peace ☺

Tuesday, October 25, 2011

Pasha Ungu Ft. Adelia - Penghujung Cintaku (VC + Lyrics)


berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

notakaki:
tiba diriku di penghujung mencari cinta...
♀♂2012??? ☺ insya Allah

Monday, October 24, 2011

Nikah Awal Jalan Terbaik?

Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.

Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.

Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.

Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?

Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?

Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.

Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.

Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.

Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang "attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)

Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?

Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.

Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.

2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.

3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.

4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.

Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.

Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.

Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.

Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

●kredit to iluvislam

DOWN!!!!!

bila memikirkan tentang masa depan miss ella (especially tentang rumah tangga), miss ella agak stress....
xbleh ker, wat majlis kecil-kecilan ajer???x boleh ker sekadar nikah jer???
naper nak kena berbelanja besar sedangkan bajet x sebesar perbelanjaan majlis tu nanti?
erm...lau nak buat kenduri, mestilah nak buat dua2 belah pihak...lau buat sebelah ajer, nanti tak adil plak...aishhh...
macam miss ella nie, sah2 nak kena sediakan:
♦cincin langkah bendul... (gatal nak kawen dulu b4 kakak...amekkaw!!)
♦barang hantaran???
♦berapa orang nak jemput???
♦kalau bersanding, nak kena tempah mak andam..
♦pelamin???
♦baju persandingan???
♦tiket kapal terbang????
♦photographer???

HELP ME!!!!!!!

Jawapanku....

salam ukhwah blogwalker-blogwalker sekalian...
hari nie, teringin plak miss ella nak share jawapan yang miss ella beri kat someone yang pernah hadir lam hidup miss ella... (kalau folo blog nie dari dulu, mungkin dapat agak saper T.T )

*miss ella translate siap2 la lam bahasa malaysia....

soalan 1:
Bila lagi awak akan terbuka hati untuk terima saya?

jawapan:
tak akan terbuka lagi untuk awak, sebab sekiranya saya buka, banyak hati yang terluka
(erm, agak skema ka jawapan itu???)

soalan 2:
Berapa lama lagikah harus saya menunggu?

jawapan:
tak perlu tunggu sebab saya dah kunci dengan mangga pintu hati saya

soalan 3:
Masihkah ada peluang untuk saya

jawapan:
takkan ada peluang sebab saya pernah beri awak peluang, tapi awak ambil terlalu banyak masa untuk berfikir

*tapi apapun, awak masih ader dalam sudut hati saya..saya tak menggantikan tempat awak dengan saper2 tapi saya membuka ruang lain untuk orang lain isi...

~~~semoga die bahagia selamanya....

Antivirus Kaspersky Internet Security 2012 3 PC



RM50.00 SAHAJA

*sementara stok masih ada

sila hubungi: Encik Hasrul (017-5750014) untuk keterangan lanjut...
mekaceh (^____^)

Friday, October 21, 2011

dilema


nak post entry tu ke tidak????
erm...bila memikirkan sensitiviti, baek xyah...tapi blog nie kan blog miss ella..luahan rasa hati miss ella..tapi, bila fikir-fikir balik, kena gak jage perasaan orang lain..xbleh nak penting diri sendiri...nampaknya, entry tu akan jadi draft jer la lam blog miss ella (0_+)

Wednesday, October 19, 2011

Tiga Perkara

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”


Status FB miss ella ari nie:
menafikan kenyataan yang seseorang disayangi telah pergi dari hidup untuk selamanya~Al-Fatihah buat ayahanda yang dirindui...
(kadang-kadang masih x percaya arwah telah tiada - Astaghafirullah al 'azim)

miss ella sedar dan miss ella tahu, miss ella tak sepatutnya menafikan qada' dan qadar Allah.. Namun sebagi manusia yang khilaf, miss ella masih belum dapat menerima kenyataan yang miss ella telah kehilangan Ayahanda yang dikasihi.
"Ya Allah, ampunilah hamba mu ini, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, peliharalah keluarga kami agar sentiasa aman, selamat dibawah naunganMu..Tempatkan Ayahku dikalangan orang yang soleh"
AL-FATIHAH

Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Friday, October 14, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

nota kaki: miss ella dah jadi tunangan orang lah kalau macam nie yek.... (^____^)

Sunday, October 9, 2011

Tutti Fruiti

salam....hai kwn2 blogger sekalian..... (^___^)
entry kali nie miss ella nak citer sal my first time mamam tutti fruiti....mesti ader yg sok sek sok sek, aish, miss ella first time mamam tutti fruiti???ish ish ish..ciannya...
alkisah kenapa miss ella tiba2 mamam tutti fruti on saturday (08 okt 2011)...
miss ella masa tu tgh layan lagu adik NAJWA LATIF, cinta muka buku... lam video klip tu, ader la part adik Najwa nie beli tutti fruiti...miss ella pon cakap la kat boipren miss ella, mr mhi..

miss ella : sayang, by tak pernah makan tutti fruiti (kena bagi hint dulu kan... (",) )
mr mhi : nak ker?
miss ella : erm, boleh jugak (malu2 kucing plak)
mr mhi : lau nak, kiter cari mana kiosk yang terdekat..
miss ella : okie...sayang tolong carikan la...
mr mhi : okie

kitorang pon pergi petang tu...tu pon lambat nak pergi sebab miss ella merajuk...asyik merajuk jer kan..naper miss ella merajuk???ader orang mintak pic die...opkos lah perempuan...tu yang wat merajuk petang2 tu...erghhh...

misi mencari tutti fruiti bermula...
mula2 kitorang pergi ampang park..cari punya cari, xjumpa...beli barang lain plak ader...
next station, time square....OMG..jammed...dekat sejam jugak r sangkut...wat sakit jantung jer dok KL nie...adush...akhirnya, sampai jugak kitorang kat kwsn bukit bintang...yippi (^_^)


~TUTTI FRUITI~

~ penoh!!! RM29.15

~ beri orang yang sponsor makan dulu: my mr mhi ~

~ my turn..yummy yummy ~

~ pose semasa mamam ~

~ dah abiesss :( ~

~alaaaa...dah abesss!! ~
nie my mr mhi...

Saturday, October 8, 2011

mengapa wanita sering menangis?

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?




Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
... Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Friday, October 7, 2011

Najwa Latif (^_^)



selamat semua.........ri nie, nak ulas lak sal miss najwa latif...ala, penyanyi cinta muka buku tu.....ri nie, miss ella g maraton youtube die..syok r..sambil dgr tu, miss ella bace gak komen2 fans & yang anti ngan die..ish, macam2 ragam....xkisahlah, masing2 ada pendapat masing-masing...bagi miss ella, kalau diorang memberi kritikan membina, xper la jugak...tapi sampai rupa paras pon nak jadi ukuran ker????rupa seseorang kan anugerah Allah..Allah Maha Pencipta..watper nak komplen2 pasal rupa...bagi miss ella, adik najwa nie comel.... lagi pon, ader orang cakap, muka kitorang LEBIH KURANG sama..hehehehe tapi TAK SAMA pon taw!

tapi suara miss ella xla sesedap die la...hehehe g pon, die pandai main gitar..miss ella xreti men gitar..sekadar petik tanpa kod, bleh ar....hehe
pastu, die reti speaking...miss ella lau speaking, berterabur segala grammar nye nanti...hehe
aper2 pon, miss ella doakan kejayaan adik NAJWA LATIF kita nie..semoga die berjaya dalam pelajaran gak..
~~~>nak share salah satu video die yer...PRICE TAG


Thursday, October 6, 2011

nota merapu

hola.....miss ella bosan nie...jadi urusetia yang xde keje...ekekeke bukan bermaksud miss ella x wat keje tau...keje miss ella dah siap..so, dok sesaje la blkg nie....
aish...agak mencabar la ari nie....ye ker???dengan masalah memori miss ella nie, kadang-kadang terlupe plak aper yg kawan2 pesan..huhu erm, nasib baik la, masalah memori nie x menjejaskan perjalanan kursus...wahhh..bukan main lagi miss ella yerk....
erm, miss ella nak wat aper ek?nak donlod muvie, x reti..nak tgk muvie, muvie aper??aishhh
g pon, hotel nie cam block jer nak tgk youtube ke, naruto online ker...hmmmmmm
nak wat aper yer??

Monday, October 3, 2011

naruto shippuden

erk.....ingatkan bleh tengok naruto..sekali lappy nie xbleh nak view..aishhh....x support la kot....grrrrr....sib bek ngah chatting with mr mhi...xla bosan sgt...best gak klas displin dewan bedah nie....fesbuk pon cam bosan jer...hmmmm nak tengok muvie karang, diorang gelak plak miss ella guna earphone tu..sbb mcm jadi telefonis...ekekeke xmo la....aish..bosan aih...nak wat per yer????

blues monday

morning......
hari isnin a.k.a hari malas?????eh, xbaik...miss ella kena rajin2 ari nie...miss ella sekarang ader kat Hotel Putra KL sebagai urusetia LPPPK tahp 3 siri 1/2011....semalam my mr mhi tolong anta g KL...then die balik ngan husband kak ly...
cam biase, lau tdo kat hotel...perghhhh...cejukkkkk!!!!!secara jujurnya, miss ella mengaku..arghhh, malasnye nak bangun!!!!!!
pagi tadi miss ella bekpes bubur nasi...feveret..ekeke
sekarang nie dok kat dewan angkasa 1..miss ella kena jaga disiplin dewan bedah... :)
nak g layan Naruto Sippuden jap agie..almaklumla, xde keje...hehe k la...c u next entry...terima kasih kerana sudi membaca.... (^______^)

Friday, September 30, 2011

Jika isteri menangis dihadapanmu….


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargailah dia sebelum terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu,
selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai kaumku bergelar suami,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …

Wahai suami-suami, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia-siakannya. Mungkin, kerana keputusanmu,
kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Disebalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..

SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMANnya dapat memberi KEHANGATAN bagi anak-anaknya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd orang-orang yang dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya dapat membawa PERDAMAIAN.

Tetapi satu perkara mengenai dia yang sering dilupakan oleh SUAMI…

Bahawa “Betapa berharganya dia”…

amazing me!!!

wah, amazing me..cam gempak jer entry kali nie.....amazing me.....
hm, apabila masalah kerja dan masalah peribadi dicampur aduk, jadilah, masalah jabadi.....sekarang nie, hati miss ella sakit sangat...bagai dihiris-hiris...tapi saper tahu???amazing sebab, walaupun sakit, miss ella tak keluarkan setitis airmata pon...
betapa pengalaman lalu membuat hati miss ella jadi sekeras-keras batu....miss ella tak mampu menangis walaupun miss ella sangat terasa aper yang die dah buat kat miss ella...lam seminggu nie ajer, miss ella merajuk berapa kali ngan die...

"why dont tell me u dont care or love me?????" OMG...soalan aper tu????why should i tell u i dont love u????as i know, i do love u!!!!
penat bekerja tak sepenat miss ella layan perasaan miss ella nie..nasib baik lah, sekarang nie, walaupun kepala sarat ngan masalah, senang jer nak tido..huhu penat kat opis kot....SOTONG!!!!

MULTITASKING!!!!ergh....dah macam aper dah miss ella nak siapkan sumer keje lam satu mase....Alhamdulillah, settle one by one......start by 2nd Oct till 15 Okt, miss ella akan bermastautin kat Hotel Putra KL....semoga fikiran miss ella lebih tenang nanti....Aminnn

Thursday, September 15, 2011

thursday blues

assalamualaikum w.b.t.. (kena mulakan dengan salam kan) :)
dah lama rasenye x update blog nie ek...last ri tu bulan ramadhan...mase raya ari tu, langsung xde update blog nie...kat kpg ritu, cam biase la, makan beramai-ramai, kumpul satu family besar, memang ader setiap kali sedara-sedara ramai bercuti....best...miss ella makan, leh tahan banyak nyer...naik jugak la berat badan..huhu raya kali nie, first time miss ella sambut tanpa kehadiran ayahanda tercinta...sedih..memang sedih...kitorang pon xde la beraya sangat..miss ella banyak dok umah jer..malas btol miss ella nak kua jalan-jalan....klua pon, g bank, sebab urusan bank arwah bapak x settle agie..g supermarket sebab nak kena barang2 ckit...lau beraya tu, g umah sedara mara jer la...balik kali nie, 3 kali miss ella ziarah pusara bapak....sangat rindu kat arwah... :(
miss ella balik putrajaya pada 10.09.2011..cam biasa la, my sayang la jemput..my mr mhi...rindunyer ngan die..hukhukhuk makin comel plak..hehehehe
ahad nyer plak (11.09.2011), miss ella g jmput k.potz sebab nak g kenduri kawen bonzer ngan aida..diorang nie kapel sejak kitorang diploma agie..dah lame kan diorang kapel..Alhamdulillah, sampai gak jodoh diorang....petang tu, g jemput miss Qyu kat LCCT..then kitorang g majlis rumah terbuka kat bagan lalang...aishhh..best nyer lau dapat lepak kat pantai....malam tu, kak potz n miss qyu tdo kat umah miss ella....miss aza pon ader datang beraya kat umah...rindunyer kat miss aza..lame sangat x jumper die....
k la..t miss ella sambung agie...nak wat keje (^_____________^)

Friday, August 19, 2011

operasi memangkah di jalan TAR

Salam Ramadhan 1432H...

entry kali nie,
miss ella nak citer sal projek memangkah kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lebih dikenali, Jalan TAR..hehehe



cam biasa la, miss ella, mr mhi, mr sham, mr iqbar, miss fiza & mr epoi berbuka posa kat fudcourt pusat kejiranan Presint 11...selalunye, pas berbuka kitorang akan bermain saidina

::
miss ella saidina sebelum masing-masing mental taw ::

untuk menghilangkan bosan sebab nak kena tutup kedai by 12am..... *aper daaaaaa..maner ader orang datang makan dah pas berbuka...minum2 ader la....

disebabkan masing-masing dah 'mental' nak main saidina, mr iqbar pon mencadangkan untuk g jalan2 kat KL..spesifik nyer, jalan TAR...yeah..window shopping....suke suke suke.....lam kepala, dah set nak usha tudung

:: tudung bawal -
mak ngan kakak suke pakai tudung cenggini ::


:: mak suke brooch set2- 1 kecik, 1 besar ::

dah abis kemas2 barang, & tutup kedai, kitorang pon gerak lik umah untuk mandi b4 menuju ke jalan TAR...

::
jalan TAR waktu malam..ramainyer orang ::

kat
jalan TAR, leh lak hati miss ella tiba-tiba sayu sebab teringat kat arwah bapak yang meninggal awal tahun nie tadi...sayu sebab kali terakhir miss ella jumpa arwah semasa hayatnya adalah raya tahun lepas..sayu jugak sebab tahun nie miss ella xde shopping pakaian lelaki...lau x, mesti miss ella akan call kampung, untuk tanyakan, warna samping yang die nak..

:: setahun sekali, at least beli 1 samping untuk
bapak ::

x luper jugak,
miss ella akan beli nie sekali :

:: butang baju melayu ikut tema family la.. ::

dalam memangkah tu,
miss ella sempat rembat 2 helai selendang kat

(mekaceh
mr mhi sebab topup duit untuk beli selendang...hehehe)

pas puas memangkah, cuci mata sampai rambang mata, kitorang pon pergi port untuk bersahur..
sekian sahaja cerita
miss ella pasal memangkah kat jalan TAR nie....jumpe agie kat next entry...daaaaa (^_______^)


Tuesday, August 9, 2011

KRU - Tiga Kata (In Studio).mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - KRU - Tiga Kata (In Studio).mp3

KRU - Tiga Kata (In Studio).mp3 - 4shared.com - perkongsian dan storan fail dalam talian - muat turun - <a href="http://www.4shared.com/audio/ht_JoLoj/KRU_-_Tiga_Kata__In_Studio_.html" target="_blank">KRU - Tiga Kata (In Studio).mp3</a>

Promo 'Tiga Kata' - KRU

Friday, August 5, 2011

4 Ramadhan 1432H

pejam celik, pejam celik, dah 4 hari berpuasa....

Pagi ke-4 ramadhan nie, miss ella bersahur nasi putih & ikan sardin.. (+ kurma...setiap kali makan, memang kurma tu hidangan wajib)ekekeke...simple jer kan...sambil menonton citer aliff firdaus, miss ella makan la sorang2...minum? of course la milo & air mineral....
berbuka nyer lak, miss ella makan kat fudcourt presint 11....berbuka sekali ngan mr mhi, mr sham, mr iqbar, miss fiza & mr epoi....miss ella makan rojak & sebijik kueh tepung pelita....+ air bandung....mr mhi lak makan roti jala, tepung pelita & minum air soya...
b4 tu, kitorang (miss ella, mr mhi & mr sham) berniaga kat PaRam kat P11 tu..lam hujan2 pon, ramai agie yang mencari lauk untuk berbuka puasa..Alhamdulillah..hampir sumer lauk yang kitorang jual, abis.. Alhamdulillah..Syukur Ya Allah di atas nikmat rezeki yang Engkau berikan..

p/s: Try la cucur udang kat gerai no. 20....selain cucur udang, ader karipap udang, ayam & daging.. Nasi kerabu pon ader....lauk2 pon ader macam sambal kerang, gulai ayam, ayam goreng, sayur, telur puyuh, ayam masak merah, ikan sardin, sosej...



:: cucur udang ::


:: karipap (udang, ayam, daging)


:: sambal telur puyuh::

*sumber gambar: internet lorh....hehehe
[ tapi lebih kurang macam nie la aper yang dijual kat gerai tu (^___^) ]

~jom ramai-ramai serbu gerai no. 20, pusat kejiranan presint 11, Putrajaya~

Thursday, August 4, 2011

Doa Qunut

Assalamualaikum w.b.t

teringin lak miss ella nak share doa qunut...miss ella agak la, ramai gak yang x hafal atau lupe doa qunut nie...jangan lak nanti, jadi cam video kat bawah nie...haruuu




nie bacaan doa qunut yang btol keh...


Doa Qunut

Maksudnya:-

Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Bacaan Dalam Rumi

Allah humah dini fiman hadait.
Wa’a fini fiman ‘afait.
Watawallani fiman tawalait.
Wabarikli fimaa a’tait.
Waqinii syarramaa qadzait.
Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alaik.
Wainnahu layadziluman walait.
Walaa ya’izzuman ‘adait.
Tabaa rakta rabbana wata’alait.
Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.
Astaghfiruka wa’atubu ilaik.
Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam

3 Ramadhan 1432H

sekitar jam 04.30am, handphone N76 miss ella berbunyi.....oooo, sahur rupenyer...bangun!!!!!
ce teka sahur, miss ella makan aper???
jwpnnya ialah, miss ella makan serupa jer ngan berbuka kelmarin...huhu lauk berbuka puasa ke-2, miss ella tarik pergi sahur puasa ke-2 plak...so, sama jer la..nasi putih, sambal tempoyak yang marbeles, telur & ikan bilis kicap....makan sorang2 depan TV sambil layan citer aliff firdaus... xpernah tengok pon citer nie..huhu tapi miss ella taw, ramai yang layan citer nie..sebab, lau x silap, citer nie ganti drama Nur Kasih...pas makan2, miss ella lipat2 baju sebab malas plak rasa nak tido balik...nak tido pon malas..pelik...huhu
berbuka lak, miss ella beli bihun sup, tauhu sumbat sebijik & air jagung....nie pon, dah menyebabkan miss ella kekenyangan...Alhamdulillah (^_^)

mr mhi makan ape plak ek berbuka?
katenyer makan nasi + lauk2 yang ader kat kedai diorang tu...makin comel la my mr mhi nanti..ekekeke (^_+)

2 Ramadhan 1432H

02 Ramadhan 1432H, bersamaan ngan 02 Ogos 2011....
hari nie miss ella x sahur...sebabnye, masih kekenyangan daripada berbuka semalam...
miss ella berbuka aper hari puasa ke-2 nie?
pergh...marbeles....sambal tempoyak from segamat....sedap sehhh...hingga menjilat jari...
kat PaRam (Pasar Ramadhan), miss ella juz beli air bandung...pastu kat umah, miss ella masak la nasi sebab kak zie dah bawak tempoyak dari kpg....syiokkkk!!!!!!!
miss ella goreng telur sebijik & wat ikan bilis kicap + bawang...simple, tapi sedap...huhu (mungkin sebab lapar sumer sedap)ekekekeke
My Mr MHI lak, berbuka kat kedai jer...katenye, minum air bandung gak.. (tiru la tu!!!) ngan bubur lambuk....pastu, die ade gak makan nasi kerabu..so dia x sahur la esoknyer.... (^__^)

Wednesday, August 3, 2011

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah - Ungu feat Rossa

Ramadhan is back!!!!


Alhamdulillah....sekali lagi miss ella diberi peluang untuk manjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan yang mulia....
untuk tahun nie, 1st Ramadhan, miss ella bersahur & berbuka with mr mhi...

CERITA SAHUR
sambungan daripada entry sebelum nie, kami pon cari la kedai makan di awal pagi...around 1am kot mase tu...banyak kedai makan tutup seh..adoyai...finally, kitorang nampak la kedai makan yang tutup agie... RAMAI SEAFOOD....btol2 kat jalan masuk Kawasan Perindustrian Presint 14...kitorang order nasi putih 2, sup daging, telur bungkus & ayam goreng kunyit...
"sup daging xde, daging dah abis"
alamak...nak order aper nie...dah la batuk & selsema...
"tom yam campur jer la"
~~~~~cepat nyer decide kan...ekeke tom yam tu, punyer la pedas....nak skyjuice...urghhh... PEDAS!!!
as usual...miss ella x makan abis, so, mr mhi tolong makan untuk miss ella..ekekeke Thanks sayang..Alhamdulillah..xde pembaziran...hehe

CERITA BERBUKA
skip la tugasan harian, miss ella terus masuk cerita berbuka...hehehe
asal nyer, miss ella & kak wan, nak pegi pasar Ramadhan kat Presint 15 jer...tapi mr mhi kater, bek g Bazaar Ramadhan kat presint 2...kami pon pergi...kami nie orang2 yang masuk keje WP1...so, 4.30 tu dah ready nak kua la...mr mhi dah tunggu kat bawah umah miss ella sebab die nak kena parking moto die dulu...amik die, dan kami bertiga pon bergerak ke Presint 2...
walaupun, jam baru jer kol 5.00..tapi kat Bazaar tu dah ramai orang berkunjung...wah, meriah2...
kak wan beli nasi kerabu, air (x ingat lak air aper), aper agie arh?lupe lak...huhu
miss ella & mr mhi beli kuih tepung pelita (RM2) & caramel....
dah beli juadah, kami pon balik la ke presint 15..anta kak wan...miss ella & mr mhi meneruskan perjalanan, pergi cari kedai makan untuk berbuka...Then, kami pergi la Bangi sebab memang nak pegi mana2 restoran yang kitorang survey untuk bersahur...ader gak la beberapa kedai stil x buka untuk 1st Ramadhan nie...nasib bek Village View bukak...so, kitorang book la meja & tempah makanan...
Nasi putih = 2, sup daging, butter prawn, kailan ikan masin, telur bungkus... air lak, bandung cincau combo untuk miss ella, tembikai laici untuk mr mhi...banyak kan...sampai nek pening miss ella nak abiskan sumer tu...tambah agie ngan kuih yang kitorang beli kat Bazaar tadi...
seperti biasa, mr mhi akan tolong menghabiskan sume mknn yang ader..Alhamdulillah.. :)

a day before Ramadhan 1432H

~hari ahad (31 Julai 2011), jam 8.30 malam.....TV dipasang walaupun masing-masing x tengok TV... naper yer?hurm, masa tu, mesti ramai yang menunggu pengumuman puasa.... As expected, 1 Ogos 2011 bersamaan 1 Ramadhan 1432H..~
actually, ari tu (31 Julai 2011), pagi2 miss ella dah kuar...dengan housemate miss ella, kak wan...kitorang g Mydin...yer la, nak beli persiapan untuk Ramadhan...miss ella beli telur, & ikan bilis....beras xyah beli dah, sebab dah beli last 2 month...hehehe umah bujang, kureng ckit nak masak2 nie....beli 5 kg pon blom tentu abis lam mase sebulan...ekekeke kak wan lak beli kurma...untuk berbuka nanti...so, tengah shopping2 tue, miss ella pon call incik MHI...mintak die bangun la kan sebab dah janji nak kua....lik dari shopping2 tue, miss ella & incik MHI pon kua...destinasi????x plan pon..so, xtau nak g mn...kitorang pon bukak peta...cari punya cari, kitorang pon decide nak g Perdana Botanical Garden...kat situ, ader taman rama-rama, ader taman burung, ader botanical garden...ape tah lagi..byk la tempat leh g..tapi semua nak kna bayar...bajet x berapa nak ader..so xjadi la msuk...pastu, kitorang decide la nak g Bukit Bintang...
jemmmmmmm.........konpem, ramai yang nak beli persiapan ramadhan...lam masa tu, sum1 call
incik MHI...time tu la, miss ella mula nak emo (naper emo, biarlah kami jer yang tau)...EMO jer miss ella nie kan...huhu oleh kerana jammed cam aper2 ntah, kitorang decide balik putrajaya....balik2 tu, incik MHI terus halakan kereta ke umah miss ella...nie nak angin lagi nie..kate nak jalan sampai malam....aishhhh....xper, lik umah lu...cool down beb....huhu bile dah lik umah, mesej2 la kan...luah aper yang xpuas ati...ekekeke macam2 jer...~kembali ke perenggan pertama~hehehehehe *sajer wat pening...
Then, kitorang decide la nak kua malam tu...g downtown Cheras... window shopping untuk raye..lik dari sane, kitorang pon cari tempat untuk sahur...
citer 1st Ramadhan, akan diceritakan lam next entry k.... (^__^)

Salam Ramadhan


Salam Ramadhan...
Tahun pertama, berpuasa tanpa kehadiran ayahanda dalam keluarga...
Tahun pertama, berpuasa dengan Mr. MHI...
Tahun ke-3, berpuasa di tanah semenanjung Malaysia....

erm, semoga di bulan Ramadhan yang mulia ini, miss ella dapat menambah segala amalan yang baik..semoga miss ella dapat berubah ke arah kebaikan...Semoga dosa-dosa yang miss ella lakukan, dihapuskan...
" Aku memanjat doa kepadaMu Ya Allah, semoga segala kebaikan ku, amalan ku, diterima Mu Ya Allah...Mohon dihapuskan segala dosa-dosa ku Ya Allah..."

Friday, July 29, 2011

Siti Nurhaliza-Falling In Love


Once in a lifetime
And your sweep took off your feet
And everything I’ve touched
Dissolve itself before my eyes

You’re taking me higher
When I hear you speak to me
This is so familiar but I’m caught up in this fantasy,

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Every now when I go to sleep
I wait to see you in my dream

You’re taking me higher
When I hear you speak to me
I’m trying to tell you that I will never won’t to let you go

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Over and over again because I’ll let my mind
You give me something in you to believe in
Come to take me away

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

Now I can’t seem to find myself
Oh, I can’t seem to give up my mind
Oh, I keep falling I’m falling and I can’t stop falling
I’m falling in love with you

I’m falling in love
I’m falling in love
I’m falling in love with you

[MTV] Hazama AF9 - Cinta Teragung



Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Woo Woooo

Sejenis perasaan ku abaikan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta teragung darimu

Wooooowooo

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Ku takkan bisa menjadi
Lebih dari apa yang sedaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencoba

Untuk memujuk hatimu
Mencintai aku kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Maafkan aku
Sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua
Isi hatiku

Monday, July 18, 2011

MTV 'Berdua Bersatu' - Forteen



Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapiku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Kutak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah kutercalar
Walau dilanda badai
Kusanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Kutak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Kusanggup kerna kumampu
Kita berdua bersatu

izwan_ella photography©


:: love ask me no questions & gives me endless support ::

izwan_ella photography©


:: ekspressi ::

izwan_ella photography©


:: they are special ::

cc to: datin sueri & datin qyu & potz

izwan_ella photography©


:: with my mr. white ::

Friday, July 15, 2011

izwan_ella photography©


:: Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Walk beside me and be my friend. ::

izwan_ella photography©


:: semoga selamanya ::

izwan_ella photography©


:: ku milik mu ::

izwan_ella photography©


:: mereka di hatiku ::

izwan_ella photography©


:: to be loved ::