Tuesday, October 25, 2011

Pasha Ungu Ft. Adelia - Penghujung Cintaku (VC + Lyrics)


berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

notakaki:
tiba diriku di penghujung mencari cinta...
♀♂2012??? ☺ insya Allah

Monday, October 24, 2011

Nikah Awal Jalan Terbaik?

Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.

Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.

Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.

Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?

Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?

Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.

Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.

Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.

Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang "attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)

Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?

Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.

Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.

2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.

3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.

4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.

Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.

Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.

Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.

Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

●kredit to iluvislam

DOWN!!!!!

bila memikirkan tentang masa depan miss ella (especially tentang rumah tangga), miss ella agak stress....
xbleh ker, wat majlis kecil-kecilan ajer???x boleh ker sekadar nikah jer???
naper nak kena berbelanja besar sedangkan bajet x sebesar perbelanjaan majlis tu nanti?
erm...lau nak buat kenduri, mestilah nak buat dua2 belah pihak...lau buat sebelah ajer, nanti tak adil plak...aishhh...
macam miss ella nie, sah2 nak kena sediakan:
♦cincin langkah bendul... (gatal nak kawen dulu b4 kakak...amekkaw!!)
♦barang hantaran???
♦berapa orang nak jemput???
♦kalau bersanding, nak kena tempah mak andam..
♦pelamin???
♦baju persandingan???
♦tiket kapal terbang????
♦photographer???

HELP ME!!!!!!!

Jawapanku....

salam ukhwah blogwalker-blogwalker sekalian...
hari nie, teringin plak miss ella nak share jawapan yang miss ella beri kat someone yang pernah hadir lam hidup miss ella... (kalau folo blog nie dari dulu, mungkin dapat agak saper T.T )

*miss ella translate siap2 la lam bahasa malaysia....

soalan 1:
Bila lagi awak akan terbuka hati untuk terima saya?

jawapan:
tak akan terbuka lagi untuk awak, sebab sekiranya saya buka, banyak hati yang terluka
(erm, agak skema ka jawapan itu???)

soalan 2:
Berapa lama lagikah harus saya menunggu?

jawapan:
tak perlu tunggu sebab saya dah kunci dengan mangga pintu hati saya

soalan 3:
Masihkah ada peluang untuk saya

jawapan:
takkan ada peluang sebab saya pernah beri awak peluang, tapi awak ambil terlalu banyak masa untuk berfikir

*tapi apapun, awak masih ader dalam sudut hati saya..saya tak menggantikan tempat awak dengan saper2 tapi saya membuka ruang lain untuk orang lain isi...

~~~semoga die bahagia selamanya....

Antivirus Kaspersky Internet Security 2012 3 PC



RM50.00 SAHAJA

*sementara stok masih ada

sila hubungi: Encik Hasrul (017-5750014) untuk keterangan lanjut...
mekaceh (^____^)

Friday, October 21, 2011

dilema


nak post entry tu ke tidak????
erm...bila memikirkan sensitiviti, baek xyah...tapi blog nie kan blog miss ella..luahan rasa hati miss ella..tapi, bila fikir-fikir balik, kena gak jage perasaan orang lain..xbleh nak penting diri sendiri...nampaknya, entry tu akan jadi draft jer la lam blog miss ella (0_+)

Wednesday, October 19, 2011

Tiga Perkara

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”


Status FB miss ella ari nie:
menafikan kenyataan yang seseorang disayangi telah pergi dari hidup untuk selamanya~Al-Fatihah buat ayahanda yang dirindui...
(kadang-kadang masih x percaya arwah telah tiada - Astaghafirullah al 'azim)

miss ella sedar dan miss ella tahu, miss ella tak sepatutnya menafikan qada' dan qadar Allah.. Namun sebagi manusia yang khilaf, miss ella masih belum dapat menerima kenyataan yang miss ella telah kehilangan Ayahanda yang dikasihi.
"Ya Allah, ampunilah hamba mu ini, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, peliharalah keluarga kami agar sentiasa aman, selamat dibawah naunganMu..Tempatkan Ayahku dikalangan orang yang soleh"
AL-FATIHAH

Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

Friday, October 14, 2011

Menjadi Tunang Orang Tanpa Kita Sedar?


Jika seorang lelaki menyatakan hasrat ke...pada seorang perempuan untuk dijadikan isteri dan wanita itu bersetuju, adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa perempuan itu belum tahu atau tidak kenal pihak lelaki?

Jawapan

Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak perempuan. Apabila pihak perempuan berkata setuju, maka perempuan itu sudah dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut.

Contohnya apabila seorang lelaki berkata kepada seorang perempuan, "Aku ingin jadikan kamu sebagai isteriku."

"Kahwin la dengan kita bila-bila," jawab perempuan tersebut.

Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak perempuan itu bersetuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut; walaupun ia disebut dalam telefon.

Jadi, haram bagi lelaki lain untuk masuk meminang jika hal itu diketahui. Namun jika pihak lelaki lain yang ingin masuk meminang itu tidak tahu, maka ia tidak haram.

Bagaimana dengan kebiasaan orang Melayu yang menghantar rombongan meminang untuk lelaki meminang perempuan?

Ia hanyalah adat Melayu, dan tiada kena mengena dengan hukum Islam. Antara hukum Islam dan hukum adat, mana satu lebih penting?

Namun tiada masalah dengan adat Melayu itu, cuma dari segi hukum Islam, bertunang itu adalah apabila seorang perempuan itu bersetuju dengan hasrat pihak lelaki untuk menjadikannya seorang isteri.

Bagaimana Jika Perempuan Itu Ketiadaan Ibu Dan Ayah?

Mengikut hukum syarak, jika perempuan itu persetujuannya sudah diizinkan oleh syarak seperti perempuan yang cerdik, yang sudah baligh dan sebagainya, ia sudah dianggap bertunang jika dia bersetuju dengan pelawaan lelaki yang menyatakan hasrat mengahwininya.

Apabila perempuan itu persetujuannya tidak menepati hukum syarak seperti belum baligh, gila dan lain-lain, maka wali diperlukan untuk menjawab 'pinangan' tersebut.

Kesimpulannya, kita perlu berhati-hati kerana kita boleh menjadi tunang orang tanpa kita sedar. Pastinya ramai yang tidak tahu dan perasan akan hakikat ini.

nota kaki: miss ella dah jadi tunangan orang lah kalau macam nie yek.... (^____^)

Sunday, October 9, 2011

Tutti Fruiti

salam....hai kwn2 blogger sekalian..... (^___^)
entry kali nie miss ella nak citer sal my first time mamam tutti fruiti....mesti ader yg sok sek sok sek, aish, miss ella first time mamam tutti fruiti???ish ish ish..ciannya...
alkisah kenapa miss ella tiba2 mamam tutti fruti on saturday (08 okt 2011)...
miss ella masa tu tgh layan lagu adik NAJWA LATIF, cinta muka buku... lam video klip tu, ader la part adik Najwa nie beli tutti fruiti...miss ella pon cakap la kat boipren miss ella, mr mhi..

miss ella : sayang, by tak pernah makan tutti fruiti (kena bagi hint dulu kan... (",) )
mr mhi : nak ker?
miss ella : erm, boleh jugak (malu2 kucing plak)
mr mhi : lau nak, kiter cari mana kiosk yang terdekat..
miss ella : okie...sayang tolong carikan la...
mr mhi : okie

kitorang pon pergi petang tu...tu pon lambat nak pergi sebab miss ella merajuk...asyik merajuk jer kan..naper miss ella merajuk???ader orang mintak pic die...opkos lah perempuan...tu yang wat merajuk petang2 tu...erghhh...

misi mencari tutti fruiti bermula...
mula2 kitorang pergi ampang park..cari punya cari, xjumpa...beli barang lain plak ader...
next station, time square....OMG..jammed...dekat sejam jugak r sangkut...wat sakit jantung jer dok KL nie...adush...akhirnya, sampai jugak kitorang kat kwsn bukit bintang...yippi (^_^)


~TUTTI FRUITI~

~ penoh!!! RM29.15

~ beri orang yang sponsor makan dulu: my mr mhi ~

~ my turn..yummy yummy ~

~ pose semasa mamam ~

~ dah abiesss :( ~

~alaaaa...dah abesss!! ~
nie my mr mhi...

Saturday, October 8, 2011

mengapa wanita sering menangis?

Ya Allah, mengapa wanita sering menangis?




Jawabnya:

Kerana wanita itu unik.
... Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

“WANITA itu ISTIMEWA”

Friday, October 7, 2011

Najwa Latif (^_^)



selamat semua.........ri nie, nak ulas lak sal miss najwa latif...ala, penyanyi cinta muka buku tu.....ri nie, miss ella g maraton youtube die..syok r..sambil dgr tu, miss ella bace gak komen2 fans & yang anti ngan die..ish, macam2 ragam....xkisahlah, masing2 ada pendapat masing-masing...bagi miss ella, kalau diorang memberi kritikan membina, xper la jugak...tapi sampai rupa paras pon nak jadi ukuran ker????rupa seseorang kan anugerah Allah..Allah Maha Pencipta..watper nak komplen2 pasal rupa...bagi miss ella, adik najwa nie comel.... lagi pon, ader orang cakap, muka kitorang LEBIH KURANG sama..hehehehe tapi TAK SAMA pon taw!

tapi suara miss ella xla sesedap die la...hehehe g pon, die pandai main gitar..miss ella xreti men gitar..sekadar petik tanpa kod, bleh ar....hehe
pastu, die reti speaking...miss ella lau speaking, berterabur segala grammar nye nanti...hehe
aper2 pon, miss ella doakan kejayaan adik NAJWA LATIF kita nie..semoga die berjaya dalam pelajaran gak..
~~~>nak share salah satu video die yer...PRICE TAG


Thursday, October 6, 2011

nota merapu

hola.....miss ella bosan nie...jadi urusetia yang xde keje...ekekeke bukan bermaksud miss ella x wat keje tau...keje miss ella dah siap..so, dok sesaje la blkg nie....
aish...agak mencabar la ari nie....ye ker???dengan masalah memori miss ella nie, kadang-kadang terlupe plak aper yg kawan2 pesan..huhu erm, nasib baik la, masalah memori nie x menjejaskan perjalanan kursus...wahhh..bukan main lagi miss ella yerk....
erm, miss ella nak wat aper ek?nak donlod muvie, x reti..nak tgk muvie, muvie aper??aishhh
g pon, hotel nie cam block jer nak tgk youtube ke, naruto online ker...hmmmmmm
nak wat aper yer??

Monday, October 3, 2011

naruto shippuden

erk.....ingatkan bleh tengok naruto..sekali lappy nie xbleh nak view..aishhh....x support la kot....grrrrr....sib bek ngah chatting with mr mhi...xla bosan sgt...best gak klas displin dewan bedah nie....fesbuk pon cam bosan jer...hmmmm nak tengok muvie karang, diorang gelak plak miss ella guna earphone tu..sbb mcm jadi telefonis...ekekeke xmo la....aish..bosan aih...nak wat per yer????

blues monday

morning......
hari isnin a.k.a hari malas?????eh, xbaik...miss ella kena rajin2 ari nie...miss ella sekarang ader kat Hotel Putra KL sebagai urusetia LPPPK tahp 3 siri 1/2011....semalam my mr mhi tolong anta g KL...then die balik ngan husband kak ly...
cam biase, lau tdo kat hotel...perghhhh...cejukkkkk!!!!!secara jujurnya, miss ella mengaku..arghhh, malasnye nak bangun!!!!!!
pagi tadi miss ella bekpes bubur nasi...feveret..ekeke
sekarang nie dok kat dewan angkasa 1..miss ella kena jaga disiplin dewan bedah... :)
nak g layan Naruto Sippuden jap agie..almaklumla, xde keje...hehe k la...c u next entry...terima kasih kerana sudi membaca.... (^______^)