Sunday, December 30, 2012

bila miss jadi madam...xoxo

Assalamualaikum kengkawan suma...
ahah..rindu tak ngan miss ella?eh, miss lagi ker?
FYI...i dah nikah on 9 November 2012...o yeah...my big day....sanding 10 November 2012..a day after la...
saper lelaki bertuah tu?bertuah ker?ehehehe
actually, saya la gadis bertuah yg berjaya menjadi permaisuri hati Muhammad Hasrul Izwan... I love u so much darling....
erm, gambar? Nanti ella upload keyh...
*mode: rajin plak nak update blog tengah2 malam sejak ader unifi kat umah... (^___^)

#much love...xoxo

 

Friday, October 19, 2012

BARU!!!

Salam ukhwah...
wah...dah berbulan-bulan miss ella x update blog...
opkos la banyak benda jadi..
ri ni blog miss ella tukar template baru...
malas dah guna yang lama....biar putih jer macam nie..
OSEM kan??? (^____^)

nak simple2 jer.. :D

Thursday, August 2, 2012

prelaunchX Invitation

prelaunchX Invitation: You're invited to join prelaunchX

meh la join.. free jer....
senang jer nak sign up...
juz folo instructions....

jom tambah duit $$$$$$$$$

Monday, April 23, 2012

bila saya tengok

hye...
nak membebel nie...bubbling...

bila miss ella tengok blog yang kitorang create untuk my lovely mom, tenang plak...ringan, xde banyak benda..
so, lau pasni, layout, background miss ella dah lain, so jgn heran lah yer...
TERPENGARUH!!!
ngee~~~~~~~~~~
#loveya#


blog for my family business

salam u olls....
nak kongsi nih..satu lagi perkembangan dunia semasa miss ella..
kitorang dah bina blog for my mom's business..
hope dapat lah mbantu menjana pendapatan keluarga....
nanti, korang leh la usha blog my mom yer

Fatiah @ Acheh Bakery

lau nak order2 pon bleh....i lagi suke XD

k la..jumpa di lain masa..

bye u olls
#loveya#



Wednesday, April 4, 2012

GiGi


31.01.2012 lepas, miss ella wat apointment ngan doktor gigi kat KK P9... so, doktor yang comel tu beri tarikh 03 April 2012 (semalam laa) utk tampal gigi..pastu, die cakap ader 2 batang gigi nak kena cabut sebab buruk sangat...so, miss ella pun setuju la sebab xkan nak bersanding ngan gigi buruk dan berlubang! x syantek la nanti..huhu

tanggal 13.02.2012, miss ella pun pergi sekali lagi untuk cabut gigi...b4 cabut, die tanya, nak atas atau bawah..miss ella decide yang bawah dulu la....okie, Alhamdulillah, dah cabut..dapat la MC sehari...sakit, xyah cakap la....bengkak gusi nie ha...

pastu, yang satu belah atas pun nak kena cabut..tapi, bile la yer nak cabut...seriau yang lama xhilang agie...tunang miss ella asyik tanya jer bile nak pegi lagi klinik gigi..miss ella asyik cakap, nanti-nanti, tunggula dan macam2 la alasan...

sampai la semalam, sebab nak kena tampal, so miss ella pun pergi la klinik...sebelum pukul 2ptg dah menunggu depan klinik dengan encik tunang...sejuk jer tangan miss ella nak jumpa doktor tu..nasib bek dapat doktor yang baik lagi comel... (^___^) *doktor yang sama la...Dr. Wan Suhailah namanye...thanks Dr.

dah pukul 2ptg, masuk la ke klinik gigi, pastu amik no giliran...miss ella sampai dulu, miss ella la dipanggil dulu kan... sejuk tangan miss ella nie..bile masuk dalam jumpa doktor tu, die suruh baring la....bermula la operasi menampal gigi...b4 tu, die sempat la bius gusi miss ella sebab nak cabut gigi yang satu lagi tu...nak tak nak, terpaksa la cabut sebab dah serah diri kan...huhu
hampir sejam jugak la terbaring, baru siap operasi menampal dan mencabut gigi yang buruk tu...
syakit lorh...bengkak jer gusi nie..nak makan pun xselesa agie..huhu

tapi, one important thing is...
miss ella pun dah tak segan nak senyum lebar sebab gigi dah cantek...tak sumbing macam dulu :D

(^____^) big smile...

* thanks to doktor Wan Suhailah & para nurse yang membantu.. thanks to my SAYANG also sebab sudi temankan tunang mu ini... #loveya#

Tuesday, April 3, 2012

Just A Short Break!


Salam ukhwah blogger-blogger sekalian....

aish..rasanya baru semalam miss ella masih masih duduk borak2 ngan mak, kakak, nenek, family..tp hari nie, miss ella dah duduk depan pc kat opis...hukhuk

sekejapnye.......

jumaat lepas miss ella balik kpg sebab ader urusan keluarga yang perlu diselesaikan...macam biasa la kalau balik, perkara wajib mestilah makan beramai-ramai kat umah nenek :D im lovin it XD

aish, masih tak boleh terima nih...cubit pipi....saya di putrajaya sekarang :(
xper2...incik tunang kan ader :D
k la..nak out..nak g klinik..ader apointment tampal gigi...papai

Monday, March 26, 2012

Hero by Mariah Carey



There's a hero
If you look inside your heart
You don't have to be afraid
Of what you are

There's an answer
If you reach into your soul
And the sorrow that you know
Will melt away

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you'll finally see the truth
That a hero lies in you

It's a long road
And you face the world alone
No one reaches out a hand
For you to hold

You can find love
If you search within yourself
And the emptiness you felt
Will disappear

And then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

Oh ho, Lord knows
Dreams are hard to follow
But don't let anyone
Tear them away, hey yea

Hold on
There will be tomorrow
In time, you find the way, hey

Then a hero comes along
With the strength to carry on
And you cast your fears aside
And you know you can survive

So when you feel like hope is gone
Look inside you and be strong
And you finally see the truth
That a hero lies in you

That a hero lies in you
Mmm, that a hero lies in you

Friday, March 23, 2012

Afgan: Bukan Cinta Biasa


Kali Ini Kusadari
Aku Telah Jatuh Cinta
Dari Hati Terdalam
Sungguh Aku Cinta Padamu

Reff:
Cintaku Bukan Lah Cinta Biasa
Jika Kamu Yang Memiliki
Dan Kamu Yang Temaniku Seumur Hidupku

T'rimalah Pengakuanku
Percayalah Kepadaku
S'mua Ini Kulakukan
Karena Kamu Memang Untukku

Back To Reff

Seumur Hidupku.....

Back To Reff (2x)

T'rimalah Pengakuan Ku...

Thursday, March 15, 2012

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH


Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian...

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita.

Friday, December 2, 2011

santai bersama pegawai psikologi

di pagi yang indah pada 02 disember 2011...cewahhhh...bermadah plak...hehehe
ari nie, pejabat miss ella menerima kehadiran pegawai psikologi kaunseling, dari unit psikologi kaunseling, bahagian pengurusan sumber...en azmi, pn ruhana & pn lela...selalunya, diorang nie jadi peserta lau bahagian kitorang anjurkan tapi kali nie, kitorang lak jadi peserta...hehehe
program nie bukanlah bermaksud kami ada masalah atau kami adalah pekerja bermasalah, tapi, nie adalah salah satu program inovasi dari unit psikologi sendiri...jadi, bahagian kami adalah sebahagian pihak yang terlibat untuk diorang perkenalkan unit psikologi nie dan memberi kesedaran tentang wujudnya unit nie kat kementerian...
en azmi menerangkan fungsi-fungsi unit psikologi dan menerangkan tugas2 diorang sebagai pegawai psikologi.. orang yang jumpa pegawai psikologi nie, xsemestinya orang yang mengalami masalah mental taw....saper2 pon boleh jumpa diorang nie...kitorang pon ader wat saringan minda tadi...
daripada saringan tu, miss ella mempunyai tahap anxiety yang teruk..huhu

anxiety::
n
1. uneasiness, kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran: to wait with ~, menunggu dlm kebimbangan; news that might help relieve his ~, berita yg mungkin menolong melegakan kerisauannya; 2. earnest desire, hasrat, keinginan: ~ for promotion, hasrat utk naik pangkat; ~ to fulfil sos wishes, hasrat utk memenuhi kehendak sso; 3. instance of feeling uneasy, worried, kebimbangan, kerisauan, kecemasan, kekhuatiran: to be plagued with anxieties, dihantui oleh kebimbangan; 4. (psychol) kerisauan, kebimbangan
sumber: kamus inggeris-melayu dewan bahasa dan pustaka

stress dan kemurungan miss ella ringan..so, miss ella agak pandai menangani stress...hehehe
miss ella pnah post kat fb sebelum nie... " saper xder masalah? tipulah...bezanya hanyalah camner seseorang tu handle masalah die... ~ (^___^)"

so, kawan2, jgn stress2 yer...hepi2 selalu...

okey, untuk ujian personaliti plak, miss ella nie orang berpesonaliti jenis A.... orang yang active...boleh jadi orang barisan hadapan la....orang type A orang yang sosial...ngeeeee....alamak!!!hehehe orang type A nie mudah untuk stress...tp pencapaian tggi sebab plu ader tekanan untuk mencapai sesuatu....
memang btol la tu, miss ella nie orang jenis A..hehehe

tapi ingat yer, jgn menilai orang dari luaran sajer (^___^)
dan kepada yang ader masalah tu, harap bertindak dengan bijak...jangan asyik meminta simpati dengan aper masalah yang korang hadapi, tapi x buat aper tindakan... tangani dengan baik masalah anda... peace ☺

Tuesday, October 25, 2011

Pasha Ungu Ft. Adelia - Penghujung Cintaku (VC + Lyrics)


berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini tlah ada yang miliki

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Tiba diriku dipenghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini, aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Kukan setia kepadamu
Kukan selalu disisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu disisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

notakaki:
tiba diriku di penghujung mencari cinta...
♀♂2012??? ☺ insya Allah

Monday, October 24, 2011

Nikah Awal Jalan Terbaik?

Zaman sekarang adalah zaman yang sangat mencabar.

Mencabar! Kerana setiap saat, setiap waktu, setiap hari, setiap detik, anak muda remaja dan belia kita dibom dari segenap penjuru dengan pelbagai bentuk godaan peluru berpandu yang membangkitkan naluri seksual masing-masing.

Biasalah apabila sudah baligh, umur meningkat, tiada godaan sekalipun, keinginan akan timbul juga secara automatiknya. Maka secara logiknya, pasti keinginan seksual itu boleh terangsang berpuluh lipat kali ganda dan berlaku pada tahap yang lebih awal lagi. Masalah pergaulan bebas sangat membimbangkan sehingga berlaku penzinaan.

Apakah jalan terbaik untuk selesaikan masalah ini?

Apakah jalan untuk selamatkan spiritual anak kita?

Apakah jalan terbaik untuk selamatkan masyarakat kita?

Tidak boleh hendak menyalahkan ibu bapa yang tidak boleh awasi mereka 24 jam, dan tidak boleh hendak menyalahkan anak muda semata kerana cabaran yang melampau sana sini.

Oleh yang demikian, beberapa langkah boleh diambil bagi meringankan kekusutan masalah ini.

Yang pertama, kahwin awal itu penting, kerana ia menjaga spiritual anak-anak kita dari dikotori.

Maka, masyarakat harus berusaha mencari jalan untuk membolehkan anak-anak muda ini kahwin awal untuk memastikan jiwa dan spiritual anak itu sentiasa bersih. Dan perkahwinan hanya satu-satunya jalan untuk memenuhi keinginan seksual secara sah dan diredhai Allah.

Dan Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal. Kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang "attack" dari pelbagai arah dalam masa yang sama. Di dalam al-Quran, Allah berfirman:

"Dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka..." (24:32)

Memang benar anak muda diajar untuk berpuasa bagi menahan nafsu, menjaga pandangan dan sebagainya, tetapi sampai bila?

Bukan mudah untuk mengawal keinginan nafsu, dan mereka ini sentiasa berhadapan dengan godaan terus-menerus, setiap detik, setiap ketika, yang boleh mennyebabkan'nerve breakdown', jiwa tertekan, anak muda akan susah hendak memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Akhirnya itu yang mencari jalan belakang, jalan senyap-senyap, jalan sembunyi untuk memenuhi keperluan semulajadi ini yang kita usaha untuk cuba elakkan.

Tetapi, hendak kahwin awal bukan senang. Ibu bapa mahu anak-anak habis belajar dahulu, selepas itu, matang pemikirannya, ada kedudukannya, hantaran RM15000-30000 (tepuk dahi), kemudian kewangan untuk anak-anak yang bakal lahir lagi. Maka kahwin awal itu seperti sesuatu yang rumit. Impossible!

Maka, di sini ada disenaraikan beberapa jalan untuk membantu anak-anak muda zaman sekarang kahwin awal:

1. "Kewangan support" dari ibu bapa yang mempunyai kewangan yang baik. Ibu bapa yang berkemampuan memang digalakkan supaya menyokong anak-anak ni supaya kahwin awal dan bantu yang mana perlu. Kalau Islam itu menggalakkan kita untuk menolong orang susah, orang miskin, apatah lagi menolong anak sendiri sehingga mereka boleh berdikari, pasti banyak dan melimpah-ruah lagi ganjarannya.

2. "Komuniti support" . Sekiranya kita mempunyai islamic organisasi yang menyediakan dana untuk menolong anak-anak ini kahwin awal. Mengikut sejarah , satu ketika seorang lelaki ditangkap dan dibawa ke Saidina Ali atas perlakuan yang tidak sopan. Selepas Ali memberikan hukuman yang sepatutnya, beliau mengahwinkan pemuda ini dengan menggunakan kewangan negara. Maka di sini Saidina Ali telah memberi contoh bagaimana masyarakat boleh menolong orang muda untuk berkahwin.

3."Perkahwinan tanpa beban kewangan". Iaitu si teruna dan dara itu bolehlah melaksanakan akad sahaja untuk menghalalkan hubungan. Tetapi mereka boleh tangguh dari membuat majlis perkahwinan yang menelan kos itu, mungkin selepas habis belajar, sudah bekerja, kemudian apabila duit sudah banyak, kita boleh meraikannya. Dan mereka ini dibenarkan saling berjumpa kerana mempunyai hubungan yang halal.

4. Mereka menjalankan akad dan majlis perkahwinan,tetapi tangguh juga dari menimang anak, dan hidup with "simple lifestyle". Maka dengan cara ni juga, mereka dapat memenuhi naluri masing-masing, dan dalam masa yang sama beban kewangan itu dapat dielakkan.

Ya...begitulah beberapa cadangan yang boleh dijadikan panduan tetapi diingatkan di sini, pengawasan ibu bapa, konsultasi dengan ibu bapa sangat-sangatlah penting dan kritikal dalam mengatur perkara ini.

Kami langsung tidak menyokong idea si teruna dan si dara buat keputusan sendiri tanpa "input" dari ibu bapa, dan tanpa mendapat restu hubungan mereka. Ini adalah penting untuk melindungi reputasi pihak perempuan terutamanya jika perkara yang tidak dijangka berlaku. Ibu bapa mainkan peranan yang sangat penting.

Sekiranya kita khusus untuk ibu bapa mengharapkan anak-anak ni supaya kewangan mereka "steady" dahulu selepas itu baru boleh berkahwin, mereka akan mengambil masa yang lama dan berkemungkinan dalam tempoh itu akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Maka, apabila kita memahami perspektif dari sudut pandangan Islam yang menggalakkan perkahwinan awal, maka kita boleh lihat bukan perkara mustahil bagi pelajar-pelajar, untuk berkahwin dan dalam masa yang sama meneruskan pelajaran mereka, tinggal bersama di rumah ibu bapa, atau satu bilik yang disewa di universiti. Mereka boleh teruskan kehidupan yang sama mudahnya sepertimana kehidupan mereka sebagai pelajar.

Kahwin awal itu memang digalakkan, tetapi mental dan emosional, ilmu perlu diperlengkapkan supaya masing-masing menyedari tanggungjawab dalam kehidupan berumahtangga. TAQWA, mesti penuh di dada, barulah rumah tangga itu bercahaya.

●kredit to iluvislam

DOWN!!!!!

bila memikirkan tentang masa depan miss ella (especially tentang rumah tangga), miss ella agak stress....
xbleh ker, wat majlis kecil-kecilan ajer???x boleh ker sekadar nikah jer???
naper nak kena berbelanja besar sedangkan bajet x sebesar perbelanjaan majlis tu nanti?
erm...lau nak buat kenduri, mestilah nak buat dua2 belah pihak...lau buat sebelah ajer, nanti tak adil plak...aishhh...
macam miss ella nie, sah2 nak kena sediakan:
♦cincin langkah bendul... (gatal nak kawen dulu b4 kakak...amekkaw!!)
♦barang hantaran???
♦berapa orang nak jemput???
♦kalau bersanding, nak kena tempah mak andam..
♦pelamin???
♦baju persandingan???
♦tiket kapal terbang????
♦photographer???

HELP ME!!!!!!!

Jawapanku....

salam ukhwah blogwalker-blogwalker sekalian...
hari nie, teringin plak miss ella nak share jawapan yang miss ella beri kat someone yang pernah hadir lam hidup miss ella... (kalau folo blog nie dari dulu, mungkin dapat agak saper T.T )

*miss ella translate siap2 la lam bahasa malaysia....

soalan 1:
Bila lagi awak akan terbuka hati untuk terima saya?

jawapan:
tak akan terbuka lagi untuk awak, sebab sekiranya saya buka, banyak hati yang terluka
(erm, agak skema ka jawapan itu???)

soalan 2:
Berapa lama lagikah harus saya menunggu?

jawapan:
tak perlu tunggu sebab saya dah kunci dengan mangga pintu hati saya

soalan 3:
Masihkah ada peluang untuk saya

jawapan:
takkan ada peluang sebab saya pernah beri awak peluang, tapi awak ambil terlalu banyak masa untuk berfikir

*tapi apapun, awak masih ader dalam sudut hati saya..saya tak menggantikan tempat awak dengan saper2 tapi saya membuka ruang lain untuk orang lain isi...

~~~semoga die bahagia selamanya....

Antivirus Kaspersky Internet Security 2012 3 PC



RM50.00 SAHAJA

*sementara stok masih ada

sila hubungi: Encik Hasrul (017-5750014) untuk keterangan lanjut...
mekaceh (^____^)

Friday, October 21, 2011

dilema


nak post entry tu ke tidak????
erm...bila memikirkan sensitiviti, baek xyah...tapi blog nie kan blog miss ella..luahan rasa hati miss ella..tapi, bila fikir-fikir balik, kena gak jage perasaan orang lain..xbleh nak penting diri sendiri...nampaknya, entry tu akan jadi draft jer la lam blog miss ella (0_+)

Wednesday, October 19, 2011

Tiga Perkara

Semua orang akan mengalami mati. Dan apabila kita mati, maka terputuslah segala amalan kita melainkan 3 perkara.

Sabda Nabi Muhammad S.A.W.

“apabila mati seseorang anak adam itu .. maka akan terhenti segala amalanya kecuali 3 perkara iaitu sedakah jariah, ilmu yang memberi guna, doa anak – anak yang soleh”


Status FB miss ella ari nie:
menafikan kenyataan yang seseorang disayangi telah pergi dari hidup untuk selamanya~Al-Fatihah buat ayahanda yang dirindui...
(kadang-kadang masih x percaya arwah telah tiada - Astaghafirullah al 'azim)

miss ella sedar dan miss ella tahu, miss ella tak sepatutnya menafikan qada' dan qadar Allah.. Namun sebagi manusia yang khilaf, miss ella masih belum dapat menerima kenyataan yang miss ella telah kehilangan Ayahanda yang dikasihi.
"Ya Allah, ampunilah hamba mu ini, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, peliharalah keluarga kami agar sentiasa aman, selamat dibawah naunganMu..Tempatkan Ayahku dikalangan orang yang soleh"
AL-FATIHAH

Wanita Solehah


Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.


Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,
Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran,
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"